Jom Kurus dengan Atkins Diet
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan, dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula. Bila ini berlaku badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api untuk memberi tenaga dan berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ? karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti diet yang disarankan iaitu low-fat diet atau diet rendah lemak.