Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan
Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.