Resepi Ikan Kembung Bakar Berlado
Bahan-bahannya :
3 ekor ikan kembung besar
3 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang / aluminium foil
Limau kasturi jika suka
Cara-caranya :
1.Ikan dikelar bahagian tengahnya.
2.Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan gula pasir. Campurkan cili kisar hingga sebati.
3.Lumurkan bahan kisar pada ikan hingga rata, dan bungkus dengan daun pisang atau aluminium foil
4.Panggang ikan dengan masukkan dalam ketuhar atau periuk pemangang hingga masak atau bakar atas kuali leper hingga masak. Pusingkan supaya sekata masaknya.
Selamat mencuba
Terima kasih kerana mengunjungi Blog ini
No comments:
Post a Comment