Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Friday, 15 November 2019

Persediaan Kematian : Set Jenazah Al Amin


Persediaan Kematian : Set Jenazah Al Amin

Kematian memang tak dapat dielakan, namun adakah kita telah buat persediaan kematian? 
Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)

Pesan itu bukan lah pesanan kosong, ia adalah peringatan supaya tiap dari kita bersedia dengan perbanyakkan amalan tak kira muda atau tua, kesempatan hidup ini gunakanlah sebaik-baiknya. Jika kita lalai, jahil, dan rasa tak bersedia dan amal ibadah pun kurang, maka masih terbuka lagi jalan taubat dan kesempatan kini dan sekarang untuk perbanyakkan amalan.


Seperti solat diawal waktu, fahami bacaan dalam solat Kalian, cuba untuk perbaiki, khusyuk dalam solat jangan tunggu nak kekelas atau nanti orang datang ajar baru nak perbaiki, sekarang pun dah boleh baiki boleh kaji, ulang kaji, lihat video, YouTube, buku-buku dan jika nak lebih baik jalani kursus solat untuk perbaiki lagi tahap solat 
Perbanyakkan amalan sunat, sunnah, ambil inisitif untuk belajar, cari ulang kaji,

Sebab bila sudah ajal, dihari pembalasan, hanya kita sahaja dapat menyelamatkan diri dengan amal ibadah yang dilakukan..