Resepi Ikan Kembung Masak Pindang
Hai petang ni, spend sikit time buat entry tentang resepi senang, mudah , cepat iaitu masak pindang, masakan ini berkonsepkan rebus. Main campak-campak je semua bahan dalam periuk dan tunggu sehingga mendidih. Pasti menjadi lah masak pindang memang sesuai untuk buat lauk kalau tengah diet, nak turunkan berat ataupun berpantang. Ianya
tidak berminyak dan menyihatkan. Ada setengah tempat panggil masakan ni sebagai masak singgang. Apapun panggilan , janji sedap. Jom nak kongsi rahsia resepi masakan mudah ni.
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda*. Masukkan bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
Mudahkan, Jom buat, makan hari-hari Folo jadual diet insyallah boleh berat turun :)
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini
No comments:
Post a Comment