Tips Kurus

Teh Hijau bantu menurunkan berat badan

Teh hijau sememangnya terkenal dengan kesannya yang membantu menurunkan berat badan. Adakah memang benar ianya dapat membantu turunkan berat badan? Selain itu, apa lagi khasiatnya? Saya pun nak tahu betul ke? Awak pun nak tahu? Jom kita baca artikel pendik ni sampai habis.



Kebaikan Teh hijau

Teh hijau merupakan bahan yang mengandungi antioksidan yang dapat mencegah penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang, mencegah sel kanser dan jangkitan kuman pada tubuh manusia

Teh hijau juga berfungsi memperbaiki mood, tindak balas, memori, merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.

Teh hijau membantu membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga/metabolisme, mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.

Teh hijau mampu meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.

Teh hijau dapat mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin. Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah dan  risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.





::Terima kasih Kerana mengunjungi blog ini ::

No comments:

Post a Comment