Thursday 29 August 2019

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan


Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 


Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. 

Wednesday 28 August 2019

Keburukan Makan Malam

Keburukan makan lewat malam


Selalukan kita dengar bahawa tak elak makan malam, ya memang betul tak elok sebab bila kita overeat, lepas tu tertidur pula tanpa sempat usus nak digest, makan akan bertambah-tambah lah nilai lemak dalam badan. Sebenarnya pabila kita makan, badan akan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga. 

Bagaimanapun, sensitiviti insulin ini berkurang ketika kita tidur. Jadi sekiranya anda makan beberapa minit sebelum tidur, tenaga yang diperoleh daripadanya kurang digunakan dan sukar dibakar. 

Sumber tenaga yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Jika tabiat ini berterusan, lama-kelamaan simpanan lemak bertambah dan berat badan akan meningkat.


Rancang Kalori Pemakanan untuk Turunkan Berat Badan

Rancang Kalori Pemakanan untuk Turunkan Berat Badan


Salam sejahtera, terima kasih click blog ini, semoga bermanfaat segala ilmu yang diberikan

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. 
Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.

Banyak petua telah disarankan untuk mengurangkan berat badan. 

"KALAU NIAT DAN SEMANGAT NAK KURUS, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH!
 TAK NAK JANGAN BUAT TERUS."

kita semua boleh kurus jika pegang dengan 
80% boleh kurus bila terus menjaga pemakanan'
20% boleh kurus bila melakukan senaman