Showing posts with label diet kurus. Show all posts
Showing posts with label diet kurus. Show all posts

Thursday, 29 August 2019

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan


Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 


Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. 

Wednesday, 28 August 2019

Keburukan Makan Malam

Keburukan makan lewat malam


Selalukan kita dengar bahawa tak elak makan malam, ya memang betul tak elok sebab bila kita overeat, lepas tu tertidur pula tanpa sempat usus nak digest, makan akan bertambah-tambah lah nilai lemak dalam badan. Sebenarnya pabila kita makan, badan akan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga. 

Bagaimanapun, sensitiviti insulin ini berkurang ketika kita tidur. Jadi sekiranya anda makan beberapa minit sebelum tidur, tenaga yang diperoleh daripadanya kurang digunakan dan sukar dibakar. 

Sumber tenaga yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Jika tabiat ini berterusan, lama-kelamaan simpanan lemak bertambah dan berat badan akan meningkat.


Rancang Kalori Pemakanan untuk Turunkan Berat Badan

Rancang Kalori Pemakanan untuk Turunkan Berat Badan


Salam sejahtera, terima kasih click blog ini, semoga bermanfaat segala ilmu yang diberikan

Untuk mencapai berat badan yang diingini, seseorang itu memerlukan motivasi dan dedikasi yang kukuh. 
Namun begitu, ramai yang gagal sama ada mereka berhenti separuh jalan ataupun berat badan tidak susut walau pelbagai usaha telah dilakukan.

Banyak petua telah disarankan untuk mengurangkan berat badan. 

"KALAU NIAT DAN SEMANGAT NAK KURUS, BUAT SUNGGUH-SUNGGUH!
 TAK NAK JANGAN BUAT TERUS."

kita semua boleh kurus jika pegang dengan 
80% boleh kurus bila terus menjaga pemakanan'
20% boleh kurus bila melakukan senaman



Thursday, 18 July 2019

Sarapan boleh menurunkan berat badan

Sarapan boleh menurunkan berat badan

Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga dan sarapan adalah penting untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari seperti biasa.

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah.

Anda perlu makanan yang boleh memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan.



MENU SIHAT UNTUK SARAPAN



Thursday, 27 June 2019

Jom Kurus dengan Atkins Diet

Jom Kurus dengan Atkins Diet

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan, dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula. Bila ini berlaku badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api untuk memberi tenaga dan berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ? karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti diet yang disarankan iaitu low-fat diet atau diet rendah lemak.


Thursday, 20 June 2019

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun, itulah dia namanya diet Yoyo.
Sebenarnya takkan berlaku diet yoyo jika kita faham tentang ilmu diet.
Diet yoyo biasanya akan terjadi pada mengamalkan diet yang ketat secara tiba dan tidak mengimbangi diet tersebut dengan betul. Diet yang ketat seperti "Diet Atkins" dan "GMDiet" yang menekankan pengurangan kalori. Pengurangan kalori menyebabkan tahap metabolisma tubuh juga menjadi rendah (metabolisma ialah cara tubuh membakar makanan dan menukarkannya kepada tenaga). Semakin rendah metabolisma, semakin mudah berat badan naik semula. 

Pada awalnya, pengamal diet mungkin gembira dengan penurunan berat badan yang cepat dan mendadak namun diet yang ekstrem menyebabkan masalah stress, pengamal menjadi makin lapar, pitam atau pening menyebabkan sukar utuk mereka mengekalkan diet tersebut. Akibatnya, mereka kembali kepada tabiat makanan yang lama, ditambah pula dengan kekecewaan akibat diet yang tidak menjadi membuatkan berat badan naik dengan mendadak.

Nak Kurus Tetapi Asyik Rasa Lapar Je

Nak Kurus Tetapi Asyik Rasa Lapar Je

Cabaran bagi seseorang yang ingin berazam menurunkan berat badan ialah sering berasa lapar. Bila baca mana-mana tips untuk turunkan berat badan, pastinya akan dinasihatkan untuk kurangkan jumlah kuantiti makanan, tak pun pilih diet menu sihat , paling tidak pun lebih drastik perlukan bantuan supaya tak lapar seseorang akan intai-intai cuba beli suplement yang tahan rasa lapar ataupun puasa je la, tapi waktu berbuka pula, kalau ilmu diet tak ada, puasa lah macam mana pun, berat tak akan juga turun ,penat ja karang...

okeh-okeh berbalik pada topik kita hari ini, macam mana nak kurus, tapi asyik lapar je, Nak tak tahu punca???

Antara sebab nya adalah seperti berikut, jom lihat dan kaji...

Tuesday, 23 April 2019

Metabolisme Rendah Berat Susah Nak Turun

Metabolisme Rendah Berat Susah Nak Turun

Metabolisme adalah proses badan yang mengubah makanan menjadi tenaga, dan ianya berbeza mengikut umur, jantina, aktiviti harian, tahap kesihatan, persekitaran dan lain-lain. Kadar metabolisme juga adalah fungsi automatik badan kita dalam mengawal suhu badan, kadar tenaga serta tahap kesukaran kita mengawal kadar berat badan. Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kita mempunyai kadar metabolisme yang rendah dan apa langkah yang boleh kita ambil untuk mempertingkatkannya.




Tips Turunkan Berat badan : Eat Clean

Tips Turunkan Berat badan : Eat Clean


EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Memang tak jadi kalau bersenam bagai nak rak, siang malam kalau makan pun kita tak jaga. Kena faham betul-betul, kalau nak kurus mesti juga jaga pemakanan. Ini adalah kerana punca berat badan naik 70% adalah berpunca dari gaya pemakanan. Jadi macam mana nak jaga itu? Salah satu pekara yang harus ditekankan ialah kita perlu fokus kepada pemakanan yang sihat cara  EAT CLEAN.

Apakah itu Eat Clean?


portion makanan yang betul : Suku suku separuh : eat clean



NASI 1/4
LAUK: IKAN atau Ayam (bakar/grill/rebus/sup) 14
Sayur : Ulam/sayur masak air 1/2 

suku (nasi) suku (lauk) separuh (sayur)
add juga booster untuk metabolisme iaitu CILI/Cili potong/sambal

Monday, 22 April 2019

Makan Lebih Protein Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Makan Lebih Protein Boleh Bantu Turunkan Berat Badan


Pengambilan protein secukupnya sangat penting untuk bantu menurunkan berat badan. Ada beberapa sebab kenapa kena ambil banyak protein dalam menu diet harian. Anda boleh baca artikel dibawah sampai habis. Namun harus diingat, cara masakan juga memainkan peranan. Jika anda berhasrat nak turunkan berat badan, memang kena elakkan makan bergoreng, berlemak, makanan proses (bebola ikan/daging/sosej/nudget), kurangkan ambil makanan yang bergaram, bergula, ataupun dah disalut dengan tepung.
Nak turunkan berat badan kena la displain sikit, boleh? Boleh je nak makan, cuma tukar ke gaya masakan seperti cara grill/rebus/panggang/steam/bakar yang memang semestinya kurang berminyak.



Tuesday, 16 April 2019

Tekad nak kurus : Jom buat diet telur

Tekad nak kurus : Jom buat diet telur


Sedihkan kalau dah macam-macam dah buat tapi hasilnya tak juga memuaskan. Nah disini saya kongsikan Tips diet trending berkesan, drastik, yang perlukan kecekalan dan tawakal. Iaitu nak kurus dengan diet telur. Ada beberapa artis terkenal yang telah amalkan diet ni. Memang menampakkan hasil. Contohnya artis seperti Ifa Raziah dan Zulin aziz. Memang nampak sangat perubahannya. 



Ifa bukan sekadar tampil lebih langsing, apabila berat badannya menyusut daripada 71 kg kepada 59 kg, malah kulitnya juga seperti lebih gebu dan menarik.


Friday, 12 April 2019

Saya Nak Kurus dan Sihat Boleh ke Idok?

Saya Nak Kurus dan Sihat Boleh ke Idok?

Tahun demi tahun itulah juga yang disebut-sebut, dah beratus habis beli produk untuk kurus, tapi tak menjadi satu apa pun. Yup takkan kurus kalau tak buat 3 pekara ni.
PERTAMA sekali nak kurus kena DETOX dulu, nak detox boleh ambil buah-buah, sayur-sayuran hijau   dan banyakan minum air kosong atau ada ja produk yang bantu anda detox, HAAAA pi detox cepat.sebab ianya membantu buang toksin dalam badan. Toksin yang berkumpul dalam badan boleh merendahkan tahap metabolisme dalam badan. 

KEDUA nak kurus mesti kurangkan kuantiti kalori yang diambil, uolss kena alert makanan mana yang kurang kalori , makanan mana yang tinggi kalori. TAKPAYAH NAK PENING2, kalori tinggi tu berapa n camne pula nak kira kalori, tak payah nak pening, buat macam ni, haaa kalau makan makanan yang ada sumber lemak juga karbohitrat atau minum minuman bergula kalau diambil dalam kuantiti banyak  tapi badan tak berapa nak guna sumber atau sumber tu terlebih-lebih pula kita makan/minum yg tu, sumber-sumber tu akan jadi LEMAK. Selain tu, kena ingat yang kalori tinggi tu kalau makanan tersebut dimasak dalam keaadaan bergoreng, berminyak, lemak, kulit ayam, organ dalaman, manis, bersantan. NI semua kalau tak ambil memang boleh kurang kan kalori seharian kat badan. Kalau kurang ambil, boleh kurus CEPAT. 

Yang RENDAH kalori pula kalau makanan tersebut dimasak cara bakar/stim/rebus,dan minuman pula tak letak gula itulah yang rendah kalori. NI KALAU NAK MAKAN, MMG SUGGEST MAKAN MAKANAN YG KURANG BERKALORI  boleh la cepat kurus. 


Monday, 8 April 2019

Nak Kuruskan Badan : Tips Kurus Berkesan

Nak Kuruskan Badan : Tips Kurus Berkesan

Masuk je awal tahun, ramai bercakap tentang azam tahun baru yang nak kurus, lebih sihat dan dapat berat idaman sempena tahun 2019 ini. Namun, apa yang jadi? Semua tu hanya kata-kata yang mampu keluar di bibir sahaja ka?

Tak betul tu, jangan musnahkan impian anda sendiri. Meh saya share lagi tips kurus, supaya impian anda tercapai. biar siapa pun yang nak kurus kena jalani suatu proses, kena kuatkan keazaman untuk melawan nafsu sakaa pantang tengok makanan.

Sebenarnya, bila uolss dah ambil klubna laleh, memang akan automatik kenyang kan?
Bila anda rajin minum air kosong, boleh jadi kenyang sampai petang, sampai malam.Jadi kenapa harus, menidakkan rasa kenyang tu, dengan GAGAL MENGAWAL PILIHAN UNTUK PILIH JUGA, utk MERASA MAKANAN YANG DISEBUT TINGGI KALORI 




Wednesday, 3 April 2019

Suku Suku Separuh dan Makanan Cara Eat Clean

Suku Suku Separuh dan Makanan Cara Eat Clean 

Menu cadangan untuk yang betul-betul nak lost weight. Boleh cuba,kena cuba, dah cuba nanti dah boleh terbiasa, pentingkan portion. 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Ini adalah diet terbaik yang KKM juga sarankan. Suku Suku Separuh. 
Mudah faham. Kunyah perlahan, Badan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kan signal kenyang ke otak, jadi kunyah perlahan. Mulakan dengan air kosong dahulu 1 gelas sebelum makan.

Cuba kurangkan makanan dan minuman yang manis². Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan boleh cuba dulu tips mudah yang sarankan tu ok.

Dalam post ni eyda saran kan menu macam dibawah. Tak perlu ikut sebijik sebijik pun. Ugaiss boleh ubah ikut kemampuan masing², kalau betul² follow InsyaALLAH boleh loss berkilo2 sebulan ikut badan masing² ya. Menu² ni boleh makan untuk lunch dan dinner ikut target masing².

Cadangan pemakanan diet suku suku separuh untuk membantu proses penurunan berat badan dan menu eat clean meal.


Tuesday, 2 April 2019

Intermittent Fasting Diet Popular Untuk Kuruskan Badan

Intermittent Fasting: Diet Popular Untuk Kuruskan Badan

Memiliki berat badan yang ideal merupakan impian bagi setiap lelaki dan wanita. Namun untuk memiliki badan impian tersebut bukanlah semudah abc. Siapa pun yang berhasrat nak kurus kena displin mengamalkan diet tertentu dan rutin senaman tersendiri demi mencapai impian tersebut.

Jom sini saya nak kongsi tentang Intermittent Fasting yang menjadi trend untuk kuruskan badan yang sememangnya kunci utama untuk menurunkan berat badan adalah 80 peratus datang daripada diet dan 20 peratus lagi daripada bersenam. Diet Intermittent Fasting ini melakukan kaedah yang serupa seperti berpuasa di bulan Ramadan, cuma kamu dibenarkan minum dan memilih waktu terbaik untuk berpuasa. Kedengaran mudah, kan?


Thursday, 28 March 2019

Makanan yang Membantu Proses Penurunan Berat Badan

Makanan yang Membantu Proses Penurunan Berat Badan

Bertahun-tahun memiliki badan yang tak mahu susut-susut, sudah jemu dengan badan yang semakin lama semakin mengembang. Jomla kita bertekad untuk capai penurunan berat, biarlah buat berterusan asalkan ada progress dalam menurunkan berat badan. Sememangnya kalau kita masih duk nanti, macam itulah berat kita, susah nak turun dan susah nak selim. Niat kan sesuatu untuk kebaikan insyallah boleh turunkan berat badan dengan selamat.

Jika nak makan pun, pilih menu yg tak tinggi nilai kalori n macam tulah dia maintain tak ambil benda2 yg tinggi nilai kalori mmg berat tak naik n boleh lost berkilo2 

Wajib Minum air kosong 8-10 gelas setiap hari, 

Antara 2.5 ke 4liter sehari ikut pada berat badan

25kg =1liter 

50kg=2liter
75kg =3liter
100kg = 4liter

Wednesday, 27 March 2019

Tips Kurus dengan Memilih Roti Yang Betul

Tips Kurus dengan Memilih Roti Yang Betul

Roti merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia. Ramai yang memilih roti sebagai makanan untuk sarapan dan juga makanan ringan petang-petang. Namun tak ramai yang mengetahui, pemilihan roti yang betul dapat membantu dalam diet kurus anda. Macam mana nak pilih roti untuk kurus? Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.


Tips Kurus Ifa Raziah amalkan dengan Telur Rebus

Tips Kurus Ifa Raziah amalkan dengan Telur Rebus

Bertahun-tahun, badan dah gemuk, segala diet segala produk pun dah beli dah amalkan nampaknya tiada hasil juga. Adakah perlu untuk putus asa? Masih belum terlambat lagi untuk kurus, sebab dah ada yang berjaya kurus dengan amalkan diet rendah kalori. Wanita dan nak jadi kurus, nampak kurus dan badan langsing meletop berpisah tiada. Maka tidak hairanlah terjadi lambakan produk kurus di pasaran hari ini selain poduk penjagaan kulit.

Jom kita refer pada artis terkenal iaitu Ifa Raziah, yang dia tidak lokek berkongsi tip atau rahsia untuk kurus iaitu dengan mengamalkan makan telur rebus setiap hari. 
Fuhhh..Biar betul hanya makan telur boleh kurus? Namun itulah yang dipraktiskan oleh Ifa. Menurutnya, setiap hari dia makan 10 biji telur rebus.