Thursday 28 March 2019

Makanan yang Membantu Proses Penurunan Berat Badan

Makanan yang Membantu Proses Penurunan Berat Badan

Bertahun-tahun memiliki badan yang tak mahu susut-susut, sudah jemu dengan badan yang semakin lama semakin mengembang. Jomla kita bertekad untuk capai penurunan berat, biarlah buat berterusan asalkan ada progress dalam menurunkan berat badan. Sememangnya kalau kita masih duk nanti, macam itulah berat kita, susah nak turun dan susah nak selim. Niat kan sesuatu untuk kebaikan insyallah boleh turunkan berat badan dengan selamat.

Jika nak makan pun, pilih menu yg tak tinggi nilai kalori n macam tulah dia maintain tak ambil benda2 yg tinggi nilai kalori mmg berat tak naik n boleh lost berkilo2 

Wajib Minum air kosong 8-10 gelas setiap hari, 

Antara 2.5 ke 4liter sehari ikut pada berat badan

25kg =1liter 

50kg=2liter
75kg =3liter
100kg = 4liter


Lakukan senaman ringan setengah jam setiap pagi/atau bila2 yang free (hanya untuk mengeluarkan peluh): untuk meningkatkan metabolism untuk bakar lemak


Tidak makan makanan segera/bergoreng seperti kfc, mekd, nudget, sosej, dll


Elak minum air manis, yg berkaffein tinggi, milo, coklat dll


Kurangkan pengambilan garam dan gula

Apa makanan yang boleh kita pilih untuk kurus??



1. Telur


Telur adalah sumber protein yang baik. Pengambilan protein dapat meningkatkan metabolisme dan kadar pertumbuhan otot dalam badan. Namun, jika anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi, anda perlu menghadkan pengambilan telur kuning dalam sehari.


Menu cadangan untuk 2 minggu:


Isnin

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa

Sarapan:  2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad

Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim

REGIM DIET TELUR







2. 𝗦𝗨𝗣
Apa saja jenis makanan yang mengandungi kandungan air tinggi, seperti sup sayur/tahu/telur/ayam/ikan dapat mengurangkan pengambilan kalori berlebihan. Apa saja makanan yang dijadikan sup akan menjadikan makanan tersebut lebih cepat mengenyangkan. Hasilnya, kita akan makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.

3. 𝗖𝗨𝗞𝗔 𝗘𝗣𝗔𝗟
Pengambilan 15-30ml cuka epal atau ‘apple cider vinegar’ setiap hari membantu menurunkan sekurang-kurangnya 1.2-1.7 kg berat badan dalam masa 12 minggu.

Selain itu, cuka epal ini membantu menurunkan paras gula dalam badan, lalu menjadikan anda lebih sihat dalam jangka masa panjang.

Selain menambah ke dalam makanan atau salad, cara paling mudah mengambilnya adalah dengan mencampurkan cuka epal ini ke dalam air kosong untuk diminum.

4. 𝗕𝗨𝗔𝗛 DAN SAYUR SAYURAN
Seperti yang kita tahu, semua jenis sayuran dan buah-buahan dapat membantu melawaskan sekaligus menjadi agen nyahtoksin yang baik untuk badan.

Dalam banyak-banyak sayuran dan buah-buahan, beberapa jenis yang telah dibuktikan secara saintifik adalah sayuran berdaun hijau, sayuran jenis kubis, buah oren, limau nipis, dan juga ‘grape fruit’.

5. Oat
Oat dapat memberi kita rasa kenyang lebih lama. Contohnya, kalau kita ambil oat waktu sarapan pagi, kita boleh kawal rasa lapar tu lebih lama dan dapat elak makan makanan yang tak sepatutnya sebelum tiba waktu makan tengahari. 

6. Tuna dan Salmon

Tuna dan salmon mempunyai kandungan lemak baik yang tinggi iaitu Omega 3. Kandungan lemak baik yang tinggi dapat memberikan perlindungan kepada jantung daripada serangan sakit jantung dan membantu menurunkan paras kolestrol jahat dalam darah.

7 .Kekacang

Kekacang sangat sesuai diamalkan sebagai snek pagi atau snek petang. Kekacang mengandungi lemak baik yang dapat menyokong kesihatan jantung. Ambil kekacang yang dipanggang tanpa garam ataupun gula. Beli sendiri kekacang di kedai dan panggang dalam oven. Elakkan beli kekacang yang disalut perasa dan digoreng.

8. NASI putih gantikan dengan beras perang


Ramai yang belum tahu bahawa beras perang sangat bagus dalam proses menurunkan berat badan. Jika anda inginkan hasil penurunan berat yang ketara anda boleh cuba tukar beras anda.


Cadangan pemakanan diet suku suku separuh untuk membantu proses penurunan berat badan dan menu eat clean.




























































 ::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini ::

No comments:

Post a Comment