Tuesday 23 April 2019

Metabolisme Rendah Berat Susah Nak Turun

Metabolisme Rendah Berat Susah Nak Turun

Metabolisme adalah proses badan yang mengubah makanan menjadi tenaga, dan ianya berbeza mengikut umur, jantina, aktiviti harian, tahap kesihatan, persekitaran dan lain-lain. Kadar metabolisme juga adalah fungsi automatik badan kita dalam mengawal suhu badan, kadar tenaga serta tahap kesukaran kita mengawal kadar berat badan. Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kita mempunyai kadar metabolisme yang rendah dan apa langkah yang boleh kita ambil untuk mempertingkatkannya.






Tanda-tanda metabolisme rendah

1. Penambahan berat badan

Oleh kerana proses metabolisme adalah proses badan menukarkan apa yang kita makan dan minum menjadi tenaga, kadar metabolisme yang rendah akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana badan kita melakukan proses penghasilan tenaga tadi secara lebih perlahan. Apabila itu berlaku, badan kita akan menyimpan lebih banyak lemak dalam badan.

2. Rasa letih dan kepenatan

Individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah juga mempunyai masalah mudah letih dan penat. Selain itu, simptom tersebut juga boleh berlaku sebab adanya penurunan sel darah merah kerana kekurangan zat besi dan vitamin, yang akan menyebabkan kelihatan dan kadar metabolisme rendah.

3. Sukar menurunkan berat badan

Walaupun berat badan sangat bergantung kepada jumlah kalori yang diambil, dengan mengurangkan jumlah makanan yang diambil tiba-tiba akan menyebabkan kadar metabolisme badan kita menurun, kerana badan bertindak balas menyimpan kalori sebagai tenaga. Apabila metabolisme rendah, badan kita akan lebih sukar menurukan beratnya.

4. Kulit kering dan merekah

Hormon yang sama membantu kelembapan kulit dan kuku juga sama dengan hormon yang mengawal kadar metabolisme. Ketidakseimbangan dapat dilihat pada kesihatan kulit dan kuku. Kulit yang kering, gatal atau berminyak, serta masalah jerawat menunjukkan kadar metabolisme seseorang bermasalah.

5. Rambut gugur

Rambut memerlukan nutrien yang cukup untuk tumbuh semula. Jika kadar metabolisme yang rendah memberi kesan pada nutrien rambut, rambut akan mengalami masalah keguguran ataupun menjadi kering dan kusam. Apabila itu berlaku, itu juga adalah tanda kadar metabolisme yang rendah.

6. Mudah berasa sejuk

Ada diantara kita yang badannya mudah berasa sejuk mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Jika anda adalah salah seorang yang mempunyai simptom sedemikian, besar kemungkinan anda mempunyai kadar metabolisme lebih rendah perhatikan simptom-simptom lain dalam senarai ini, bagi menjelaskan lagi situasi anda.

7. Rasa perlukan gula
Badan kita akan menghantar isyarat pada kita, apabila kandungan gula rendah dalam badan kita. Ini dikawal oleh kelenjar adrenal kita yang mengawasi sistem metabolisme badan kita. Apabila kelenjar adrena badan kita gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan kita rasa mahu makanan atau minuman bergula akibat rasa letih, itu petanda sistem metabolisme kita rendah.

8. Sukar fokus

Kadar metabolisme yang rendah sebenarnya memberikan kesan yang besar pada kadar konsentrasi kita. Bagaimana otak kita berfungsi, daya kita bertindak balas dan membuat keputusan, semuanya bergantung dengan kadar metabolisme kita juga.

9. Sakit kepala

Kerap rasa sakit kepala atau pening merupakan simptom yang mungkin berpunca daripada kelenjar tiroid kita yang kurang aktif akibat rendah kadar metabolisme. Pengeluaran tidak seimbang hormon kortisol yang mengawal kadar stres pada seseorang, disebabkan oleh kadar metabolisme yang tidak sekata juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami masalah migrain.

Jika anda mempunyai simptom-simptom di atas, besar kemungkinan anda mempunyai masalah kadar metabolisme rendah. Masalah ini sebenarnya boleh di atasi dengan melakukan perubahan pada gaya hidup anda. Ada empat tabiat yang berkemungkinan besar menyebabkan kadar metabolisme anda menjadi rendah.


Metabolisme rendah: berat susah nak turun

1. sengaja berlapar: apabila kita dengan sengaja merendahkan jumlah kalori yang kita ambil dengan niat hendak menurunkan berat badan, Oleh itu, tubuh akan menganggap anda sedang kelaparan, sehingga tubuh akan memperlambat pembakaran kalori dalam tubuh Anda.
Kita boleh je nak makan, memang kena makan dan elak dari berlapar dengan banyak makan makanan berprotein (rebus/sup/grill). Lebihkan makan makanan protein dapat meningkatkan metabolisme Anda sekitar 20-30%, dibandingkan karbohidrat yang hanya dapat meningkatkan metabolisme sebesar 5-10%, dan  lemak sebesar 3% atau kurang,

Makan banyak protein dapat membantu Anda merasa kenyang dan meningkatkan kemampuan tubuh Anda dalam membakar kalori, mencegah hilangnya jisim otot yang merupakan efek samping dari diet yang Anda lakukan. Makanan yang mengandung protein yang disyorkan seperti telur, ikan, kekacang almond, dan lain-lain.

Disyorkan makan sikit tapi kerap

sediakan snek sihat untuk makan makan kerap



2. tidak mengambil sarapan pagiKadar metabolisme kita menurun semasa tidur dan tanpa makanan atau minuman pada awal pagi, badan kita akan kekal dalam kadar metabolisme rendah semasa kita sudah bangun dan bersiap sedia.

3. Kurang rehat/kurang tidur: akan menyebabkan badan kita mengekalkan kadar metabolisme kita pada kadar lebih rendah bagi melindungi badan kita dari keletihan.

 4. kekurangan pengambilan air dalam badanKekurangan air dalam badan akan menyebabkan suhu badan kita menurun dan badan akan bertindak balas menyimpan lemak bagi meningkat suhu badan kita semula. 
Minum air yang cukup akan menyebabkan kadar metabolisme kita meningkat dan pasti akan membuatkan kita rasa lebih cergas.

ANDA boleh add teh hijau dalam minuman untuk naikkan metabolisme. Teh hijau membantu mengubah lemak yang tersimpan dalam tubuh menjadi asid lemak terbebas, teh hijau dapat meningkatkan pembakaran lemak sebesar 10-17 persen. Teh hijau juga rendah kalori, sehingga dipercaya baik untuk menurunkan berat badan dan perawatan berat badan.

5. tidak banyak melakukan aktiviti: Tenaga yang diterima oleh tubuh dari makanan akan digunakan oleh tubuh sebagai tenaga untuk menjalankan aktiviti. Kalau anda hanya duduk saja satu hari penuh, tubuh akan lebih sedikit membakar tenaga  dan lemak akan hanya disimpan

6. Tambah kepedasan dalam menu makanan
.Memakan makanan yang pedas dan bercili, membantu proses pembakaran kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

7. Terlalu banyak ambil karbohitrat/minuman manis
Makakanan karbohitrat dan minuman manis memang mengandung gula yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai sumber tenaga. Namun, terlalu banyak ambil karbohitrat atau minuman manis juga dapat impak tak sihat pada kesihatan juga boleh naikkan berat badan. Jadi stop/kurangkan pengambilan karbo/manisan/air manis kalau nak kurus.

8. Kawal rasa stress/tekanan
Stress/tekanan dapat meningkatkan pengasilan hormon kortisol anda. Hal ini kemudian membuat nafsu makan Anda meningkat. Jika hal ini terjadi terus menerus, maka Anda dapat mengalami kenaikan berat badan.
SO jangan stresss kalau nak turunkan berat badan, makan je, tapi makan snek yang sihat kan dah tunjuk kat atas, 

Tips kalau lapar

minum air kosong
makan snek sihat
makan protein
kawal nafsu : pilih makanan sihat/jangan over eat
pergi siar-siar/bersukan/buat hobi yang menyeronokkan : tenangkan jiwa
istikomah/ displain dalam pemilihan makanan





:; Terima kasih kerana mengunjungi blog ini:;

No comments:

Post a Comment