Monday 22 April 2019

Makan Lebih Protein Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Makan Lebih Protein Boleh Bantu Turunkan Berat Badan


Pengambilan protein secukupnya sangat penting untuk bantu menurunkan berat badan. Ada beberapa sebab kenapa kena ambil banyak protein dalam menu diet harian. Anda boleh baca artikel dibawah sampai habis. Namun harus diingat, cara masakan juga memainkan peranan. Jika anda berhasrat nak turunkan berat badan, memang kena elakkan makan bergoreng, berlemak, makanan proses (bebola ikan/daging/sosej/nudget), kurangkan ambil makanan yang bergaram, bergula, ataupun dah disalut dengan tepung.
Nak turunkan berat badan kena la displain sikit, boleh? Boleh je nak makan, cuma tukar ke gaya masakan seperti cara grill/rebus/panggang/steam/bakar yang memang semestinya kurang berminyak.




Beberapa protein terbaik ini akan membuat diet Kamu lebih cepat berhasil 

Telur 
Nak kurus memang kena makan protein, salah satu sumber protein yang senang, mudah dan mudah didapati ialah telur. Telur mengandungi serat dan protein yang tinggi, ianya juga rendah lemak. Direkomen sangat, makan telur, dengan cara masakan dengan merebusnya, dan makan begitu sahaja, Pada yang taknak ada risiko kolestrol had kan pengambilan telur kuning, boleh makan telur putih sahaja.
Ini adalah menu harian terbaik dan snek terbaik kalau lapar. Mudahkan kalau nak sediakan dan la sumber senang nak dapat, murah pula tu. Jom makan banyak telur  :)




Dada ayam tanpa kulit 
Ayam adalah sumber protein utama untuk mendapat sumber protein. Dicadangkan anda pilih bahagian dada tanpa kulit. Buat la masakan steam/grill/panggang/bakar. Rasanya enak dan sedap juga dimakan. Kurangkan letak minyak/sos tambahan/garam/gula/perisa yang berlebihan.Anda boleh perisakan dengan cili atau rempah asli untuk rasa yang lebih sedap. Agar diet tidak menjadi bosan, cubalah berbagai variasi makanan dari dada ayam. 

Ikan 
Ikan adalah sumber protein utama untuk mendapat sumber protein. Buat la masakan steam/grill/panggang/bakar/singgang/pindang/rebus. Rasanya enak dan sedap juga dimakan. Kurangkan letak minyak/sos tambahan/garam/gula/perisa yang berlebihan. Anda boleh perisakan dengan cili atau rempah asli untuk rasa yang lebih sedap. Agar diet tidak menjadi bosan, cubalah berbagai variasi makanan dari ikan.


Tempe
Tempe ialah protein dari sumber kekacang. Ianya sangat bagus diambil. Cuma anda kena ingat gaya masakan untuk diet yang sihat ialah dibakar/rebus/grill/supp.
Kalau makan tempe berladooo /sambal tempe/ tempee goreng lemak santan, tu dah ditambah dengan minyak dan perisa yang kaw-kaw. Jadi macam mana diet anda? Agak-agak la, ambil lauk tempe sahaja jangan kaut sekali kuah lemak nya, lihat juga pada portion minyak nya, sambal tempee ke atau tempe goreng ke, minyak nya macam mana? dah diserap habis oleh tempe?? Kalau macam tu baik tukar ambil lauk telur rebus /ayam bakar/ ikan bakar kan lebih sihat hehhehe.

salmon/tuna
 Ikan Salmon/tuna, pun sangat untuk diamalkan sebab mengandung asid lemak omega-3, yang bagus untuk meningkatkan pembakaran lemak dan membantu menjaga nafsu makan. Namun harga nya boleh tahan juga mahal, tapi takpa la, ada lagi option sumber protein lain,diatas yer :)

----------------------------------------------

Kebaikan makan, makanan berprotein

Pembentukan otot
Protein juga penting untuk menjaga dan membentuk jisim otot tanpa lemak, demi membantu tubuh membakar lebih banyak kalori.  

meningkatkan metabolisme untuk bakar lemak
Pengambilan protein akan meningkatkan kadar metabolism 20- 25 % lebih tinggi berbanding pengambilan banyak karbohitrat dan lemak.

Kenyang lebih lama/ Membantu mengawal rasa lapar
Protein membantu rasa kenyang lebih lama dan mengurangi keinginan untuk makan berlebih. Protein akan berada di dalam perut lebih lama berbanding dengan karbohidrat dan lemak.

Membantu mengekalkan berat badan ideal
Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh.  Lebih makan protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.

 Protin membantu membakar lebih banyak kalori
 Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan

Boleh makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP
 Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut.






Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment