Sunday 21 April 2019

Resepi Sup Ayam Mudah, Sedap dan Cepat

Resepi Sup Ayam Mudah, Sedap dan Cepat

Sup ayam adalah resepi mudah,sedap dan cepat untuk dimasak untuk hidangan harian. Bahan-bahan asas yang mudah dijumpai boleh membangkitkan selera pencinta makanan baik untuk kanak-kanak dan dewasa. Jom review bahan mudah untuk resepi sedap, mudah, cepat ini.

Bahan bahan sup ayam:
1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi 
2 biji ubi kentang 
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak

Bahan Tumbuk/kisar sup ayam:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Bahan hias sup ayam:
Daun sup
Bawang goreng

Cara cara resepi sup ayam:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.  BANCUH bersama air serbuk sup hingga pecah minyak.

2. Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk. 

3. Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk. 

4. Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup. 

5. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. 



Selamat mencuba. 





Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment