Tuesday 16 April 2019

Tekad nak kurus : Jom buat diet telur

Tekad nak kurus : Jom buat diet telur


Sedihkan kalau dah macam-macam dah buat tapi hasilnya tak juga memuaskan. Nah disini saya kongsikan Tips diet trending berkesan, drastik, yang perlukan kecekalan dan tawakal. Iaitu nak kurus dengan diet telur. Ada beberapa artis terkenal yang telah amalkan diet ni. Memang menampakkan hasil. Contohnya artis seperti Ifa Raziah dan Zulin aziz. Memang nampak sangat perubahannya. 



Ifa bukan sekadar tampil lebih langsing, apabila berat badannya menyusut daripada 71 kg kepada 59 kg, malah kulitnya juga seperti lebih gebu dan menarik.


Tips dari Ifa Raziah

Dedah Ifa, jika dirinya berasa sangat lapar, beliau juga akan memakan telur rebus sehingga 10 biji sehari.
"Sepuluh biji telur rebus itu saya agihkan untuk makanan waktu pagi, tengah hari dan malam. Ketika saya mula-mula amalkan diet ini, tidak dinafikan memang otak kurang fokus. Saya tidak boleh berfikir dengan betul sebab tak makan.
"Lama kelamaan, ia jadi biasa. Sampai sekarang, tengok makanan pun saya naik takut," katanya yang turut mengamalkan meminum 3 liter air putih sehari.


Jika rasa jemu dengan telur, dia akan gantikan telur dengan hanya meminum air. Untuk kurus sememangnya perlu bertekad. Dan sangat bersungguh tekad,Ifa mahu kurus kerana bukan senang nak disiplinkan diri hanya dengan makanan sebegitu.

Gara-gara dietnya yang kelihatan agak rejim, dia dimarahi doktor. Namun demi kerjaya Ifa menyatakan dia terpaksa lakukan diet seperti itu. Menyedari mungkin diet yang diamalkan tidak sesuai untuk semua orang, dia tidak menggalakkan orang lain mengikuti caranya.

Sementara itu, Ifa juga ada mengamalkan suatu produk yang membantu untuk menurunkan berat badan. Jadi kalau anda yakin boleh lakukan diet seperti Ifa Raziah.



Tips dari Zulin Aziz

Dia hanya makan telur rebus yang bahagian kuningnya dibuang, 
perbanyakan sayur-sayuran,
pemilihan makanan sihat seperti 

diet telur rebus:



Telur adalah sumber protein yang baik. Pengambilan protein dapat meningkatkan metabolisme dan kadar pertumbuhan otot dalam badan. Namun, jika anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi, anda perlu menghadkan pengambilan telur kuning dalam sehari.





Menu cadangan untuk 2 minggu:

Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang

Selasa
Sarapan:  2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus

Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang

Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim

Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang

Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim

Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim

REGIM DIET TELUR








Tambahan tips dlm diet telur

1. Minum air kosong 8-10 gelas setiap hari : ikut pada berat badan
2. Tidak minum minuman berkaffein, manis, susu,bercoklat, 3in1 dan sebagainya
3. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat 
4. Makan buah-buahan
3. Lakukan senaman ringan setengah jam (hanya untuk mengeluarkan peluh) : menaikkan metabolism untuk membakar lemak







::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini::

No comments:

Post a Comment