Thursday 18 April 2019

Makan Nasi pun boleh Kurus Ye Ke

Makan Nasi pun boleh Kurus Ye ke


Makan Nasi pun boleh Kurus, tak da masalah nak makan nasi. Jom nak share macamana nak kurus dengan makan nasi. Uolss terus zooom pada pekara penting dibawah ya, baca sampai habis.

1. Hadkan nasik 0.5cup - 1cup atau saiz 1/2-1 genggam tangan atau 80g - 150g utk setiap meal utama, akan makin kurus, makan skit tapi makin gemok, jika makan banyak. Jangan takut, memang lagi besar badan kita lagi banyak perlu tenaga.

2. Berapa kali boleh makan nasik sehari? Biasanya yang nak diet ala-ala slow and steady akan makan nasik 2 kali sehari. Lunch & dinner. 
Kadang2, jd 3 kali sehari kalau saya makan nasik pagi-pagi 😂 ni PUN TER KALAU


Tapi Pandai-pandai bahagi kan portion utk seharian ikut keperluan kalori masing2. 
Boleh makan nasik sarapan? Boleh. Pandai-pandai la adjust utk cukup kalori sampai ke malam. Boleh?

3. Yg selalunya buat makanan awak over calorie bukan nasik, tapi lauk. Jadi, pilih lauk yg betul. Cara pilihan lauk saya dah penah share, ikut ranking dari yang paling suci murni mcm grill/rebus kepada yang paling kurang suci mcm ayam masak merah or masak kicap yangg dimasak 2 kali.

4. Kalau dah takda pilihan lauk suci murni, make sure awak makan sayur yg tak perlu dikira kalori mcm salad, timun, ulam. Senang citer sayur mentah. Jangan la ambik labu masak lemak plak makan dgn ayam masak merah. Memang bertambah-tambah la kalori nya.

5. Hadkan kuah 1-2tbs sahaja. Kenapa? Sbb disitulah segala kalori dan perasa ada dan boleh buat awak water retention dgn mudahnya. Kuah banjir no more, say goodbye my love until I kurus one day. Hahaha

6. Guna pinggan kecik. Makin besar pinggan, makin awak lupa daratan. Rasa mcm dah letak 2 senduk nasik apsal nampak skit? Tambah lagi la. Gitu.

7. Dah makan nasik banyak jangan malas workout. Nasik or any carbs adalah sumber tenaga utama. Awak jangan la biar jadi lemak kalau tak diguna.

Rugi tak makan nasik. 
Kenyang dan gembira. 
Gembira dan waras.

kredit sumber dari tip resepi diet sihat




terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment