Thursday 20 June 2019

Nak Kurus Tetapi Asyik Rasa Lapar Je

Nak Kurus Tetapi Asyik Rasa Lapar Je

Cabaran bagi seseorang yang ingin berazam menurunkan berat badan ialah sering berasa lapar. Bila baca mana-mana tips untuk turunkan berat badan, pastinya akan dinasihatkan untuk kurangkan jumlah kuantiti makanan, tak pun pilih diet menu sihat , paling tidak pun lebih drastik perlukan bantuan supaya tak lapar seseorang akan intai-intai cuba beli suplement yang tahan rasa lapar ataupun puasa je la, tapi waktu berbuka pula, kalau ilmu diet tak ada, puasa lah macam mana pun, berat tak akan juga turun ,penat ja karang...

okeh-okeh berbalik pada topik kita hari ini, macam mana nak kurus, tapi asyik lapar je, Nak tak tahu punca???

Antara sebab nya adalah seperti berikut, jom lihat dan kaji...


1. Kemurungan/ Stress/ Tekanan

Makan sering saja dikaitkan dengan orang yang sedang mengalami kemurungan serta masalah tekanan jiwa. Hormon kortisol memberi signal pada badan, bahawasanya anda belum cukup makan.  Sebab itu sering kali kita lihat orang yang berada dalam keadaan tertekan makan dengan banyak tanpa sedar.

Keadaan bertambah buruk bila, seseorang itu makan apa sahaja yang lalu depan mata , tanpa memikirkan kuantiti makanan yang diambil, diet itu sihat ka atau tak sihat dan langsung tak memikirkan telah berapa banyak kalori yang diambil pada hari yang individu itu stresss. Oleh itu, jangan stresss sangat ya, takut bila dah reda stressnya timbul pula stresss lain bila naik penimbang, jarum laju je ke kanan. Kalau stress pun, rasa nak kunyah-kunyah, pilih untuk makan buah-buah, bukan menda-menda yang boleh naikkan badan double-triple ya..

2 Gejala Hyperthyroidism

Anda makan banyak tetapi masih kurus dan sukar untuk meningkatkan berat badan? Nah, anda mungkin mengalami masalah Hyperthyroidism. Hyperthyroidism adalah sejenis gejala di mana kelenjar tiroid anda menghasilkan sejenis hormon secara berlebihan sehingga memaksa tubuh anda untuk mengambil sebarang makanan dengan berlebihan.

Tiroid adalah organ endokrin (hormon) yang akan mempercepatkan segala proses yang berlaku di dalam badan dan jika metabolisma anda aktif bermakna ia secara tidak langsung akan meningkatkan selera anda sekaligus menjadikan anda lapar senantiasa.

3 Obesiti

Makan secara berlebihan akan meningkatkan berat badan. Tetapi sebenarnya penyakit itu juga akan membuatkan anda bertambah lapar tahu? 

Lemak yang berlebihan akan meningkatkan kadar insulin dalam badan secara mendadak seterusnya menjadikan selera anda bertambah-tambah!

Bukan itu sahaja, sel lemak juga akan menjadikan badan anda tidak sensitif pada rasa kekenyangan. Ha, sebab itu meskipun anda obesiti, anda tidak pernah rasa kenyang. Takut tak?

4 Hypoglycemia

Hypoglycemia adalah gejala di mana seseorang penghidapnya mengalami kandungan gula yang rendah di dalam darah. Ini mungkin adalah kerana individu tersebut gemar melangkau waktu makannya atau pun mempunyai masalah pankreas.

Oleh kerana anda kekurangan gula dalam darah, perut anda akan berbunyi iaitu merupakan tanda yang akan dihantar kepada otak -kemudiannya akan menyuruh anda untuk berasa lapar supaya anda boleh mengambil sebarang makanan bagi menambah kandungan glukos (gula) dalam badan.

5 Datang Bulan

Datang bulan akan menyebabkan  hormon anda berubah secara mendadak sehingga anda menjadi sering lapar dalam tempoh tersebut. Namun begitu, ia juga terjadi kerana tubuh memerlukan kandungan kalori supaya badan kekal bertenaga disebabkan oleh darah yang telah banyak keluar. 

Pada tempoh datang bulan, seseorang wanita atau gadis juga akan sering mengalami dehidrasi seterusnya menjadi sangat penat.

6 Dehidrasi (Kurang Air)

Kita selalu salah faham dengan menganggap lapar itu adalah tandanya tubuh memerlukan makanan. Namun sebenarnya apa yang tubuh anda mahu adalah air. Ini kerana sebelum berasa haus, tubuh akan memberi isyarat kepada tubuh untuk berasa lapar terlebih dahulu. Oleh itu cara terbaik untuk mengelak dari terasa lapar sebelum haus adalah dengan meminum 8 gelas setiap hari. Cuba bawa botol yang mengandungi 1.5 hingga 2.5 liter setiap hari ke mana sahaja anda pergi., kalau rasa lapar, minum air dulu.

Bagaimanapun, elak meminum minuman bergula okay? Kerana ia sebenarnya akan membuatkan anda lapar secara tiba-tiba. Gula adalah kalori. Hati-hati.

7 Insomnia

Sukar untuk tidur pada waktu malam akan membuatkan anda bosan dan apa yang akan muncul di benak fikiran adalah perasaan LAPAR!

Bukan itu sahaja, hormon kelaparan yang digelar ghrelin juga secara tiba-tiba akan memuncak jika anda sukar tidur malam menyebabkan anda ingin mencari makanan untuk disuap ke dalam mulut, walaupun badan anda tidak memerlukan peranan kalori pada waktu malam. 


 8 Salah pilih makanan
Selain rendah nutrisi, makanan yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat tak sehat cenderung membuat kita cepat lapar, contohnya seperti makanan bertepung, makanan berpastri, fast food, makanan bergula, bersantan dan berlemak. SEbaiknya anda perlu memilih makanan yang sifatnya mengekang rasa lapar dengan makan kekacang, makan snek buah-buahan, makan nasi cara suku-suku separuh

9. Makan terlalu cepat
Saat kelaparan, kita cenderung makan lebih cepat. Sayangnya, tindakan ini membuat otak tak sempat membaca signal bahawa tubuh sudah cukup makan. Kesan bila kita laju makan ialah anda akan makan lebih banyak dari sepatutnya dan nilai kalori anda akan naik mendadak tanpa sempat otak beri signal , perut dah kenyang.

sebaik-baiknya kunyah makanan lebih lama dan fokus saat makan, hindari melakukan aktiviti lain seperti nonton TV, baca buku, hayati kesedapan makanan, don't overeat, Pilih menu sihat, jaga portion pemakanan, kunyah perlahan-lahan, jangan makan terlalu banyak, dan lebih kuantiti yang disarankan



10. Kekurangan serat dalam hidangan
Serat adalah satu nutrien yang paling kerap diabaikan dalam diet kita. Kita selalu hanya fikirkan tentang nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak. Padahal badan kita juga memerlukan serat. 
Sayur-sayuran menyekat rasa lapar, kerana mereka mengandungi 90% air, dan penuh dengan serat. Gandakan pengambilan sayuran! Sayuran juga mengandungi rendah kalori, jadi, anda boleh makan dengan banyak, tanpa menambah kalori yang banyak pada badan anda.

Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak sayur-sayuran: Cuba masukkan sayuran dalam makanan anda seperti ke dalam telur dadar, sandwich, atau smoothies. Atau dimakan begitu saja dibuat snek
Tukarkan karbohidrat putih (roti putih, nasi putih) kepada karbohidrat coklat ( beras perang, roti bergandum(roti paket hijau), dengan ini, anda boleh tingkatkan serat. Anda juga boleh letakkan chia seed dalam menu makanan sebagai sumber serat







Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment