Thursday 20 June 2019

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun

Diet asyik tak menjadi Kejap Naik Kejap turun, itulah dia namanya diet Yoyo.
Sebenarnya takkan berlaku diet yoyo jika kita faham tentang ilmu diet.
Diet yoyo biasanya akan terjadi pada mengamalkan diet yang ketat secara tiba dan tidak mengimbangi diet tersebut dengan betul. Diet yang ketat seperti "Diet Atkins" dan "GMDiet" yang menekankan pengurangan kalori. Pengurangan kalori menyebabkan tahap metabolisma tubuh juga menjadi rendah (metabolisma ialah cara tubuh membakar makanan dan menukarkannya kepada tenaga). Semakin rendah metabolisma, semakin mudah berat badan naik semula. 

Pada awalnya, pengamal diet mungkin gembira dengan penurunan berat badan yang cepat dan mendadak namun diet yang ekstrem menyebabkan masalah stress, pengamal menjadi makin lapar, pitam atau pening menyebabkan sukar utuk mereka mengekalkan diet tersebut. Akibatnya, mereka kembali kepada tabiat makanan yang lama, ditambah pula dengan kekecewaan akibat diet yang tidak menjadi membuatkan berat badan naik dengan mendadak.


Ramai orang sibuk nak turun laju, nak cut kalori banyak dan sanggup buat apa sahaja sebab nak kurus cepat.

Tapi apa guna nya kalu diet turun laju, tapi berat naik semula.

There are no shortcut in diet. Back to habit healthy lifestyle. Learn to manage your weight. .

Ramai kan yang jenis bila jaga diet, berat turun..lepas tu naik balik. Ada yg naik tu double triple dari berat yang turun sebelum tu 😏
.
Haaa. Jangan nak salahkan produk atau supplement yg korang amek time kurus tu. Sila salahkan diri sendiri, sebab kesihatan diri sendiri adalah tanggungjawab anda, bukan produk atau penjual produk atau pembuat produk 😅

Pemakanan sihat adalah sesuatu yang kita harus buat, sepanjang hayat , bukan hanya buat untuk jangka masa pendek sahaja.
Time nak kurus, beria lahhh bersenam bagai. Lepas dh turun beberapa kg, terus makan bukan2, non stop pulak tu tak kira masa makannnnnn aje. Macam mana lah tak gemuk balik badan tu 😌 bila badan dah mula berat, nak Exercise tu jauh sekali.

Diet melulu tanpa sistem dan perancangan yang betul dan keghairahan untuk menurunkan berat badan dengan cepat merupakan punca utama yoyo effect terjadi. Untuk mengelakkannya, pengamal diet harus mengamalkan diet yang tepat dan sesuai dengan tubuh berdasarkan tahap kesihatan dan keperluan masing-masing. 



Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1. Pastikan minum air kosong dengan secukupnya antara 3 ke 4.5 liter sehari.

2. Sentiasa aktif dengan cara bersenam, naik tangga turun tangga, berkebun, kemas rumah, buat lah apapun janji ia mengeluarkan peluh. Bersenam dapat meingkatkan metabolisma dan membentuk otot.

3. Kalau pun nak cheat, atau nak merasa makanan@ minuman, kawal kuantiti atau elakkan demi misi dan target weight untuk dicapai.

4. Jangan berlapar : oleh itu boleh amalkan beberapa supplement @ makan kerap tapi sedikit untuk memberi signal pada badan, yang anda tak lapar dan ready nak bakar lemak.

jangan berlapar nak makan apa?
nasi suku suku separuh : kunyah perlahan-lahan (one meal per day @ 2 meal per day : tengahari WAJIB MAKAN atau malam (tak wajib makan/jus ratah protein/sayur/buah)
makan banyak sayur-sayuran/salad sayur
makan snek buah-buahan.
Makan protein yang baik: telur ayam/ikan /dada ayam dengan cara masakan rebus@panggang

Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Ambil produk yang mengenyangkan makanan yang tinggi FIBER /SERAT 
atau yang viral popular dalam pasaran macam Klubna Laleh, Bizzi Body, Syma White Coffee dan lain-lain.

5. Bijak dalam mengawal portion dan pilih menu sihat cara “eat clean” yang sepatutnya kita buat untuk menguruskan badan.

80% kejayaan penurunan berat badan memberi fokus pada pemakanan sihat dan eat clean. 



Eat clean bermaksud:

Makan makanan sebenar, bukannya makanan proses. 

Contohnya: makan ikan, bukannya bebola makan. Makan nasi, bukannya makan bihun atau mee
Jangan ambil makanan yang ada minyak, gula, sos dan serbuk perasa

Makanan diet yang wajib DIELAK

Antara makanan untuk diet seimbang yang perlu anda elak untuk cepat kurus ialah:
Semua masakan bergoreng
Kek, pemanis mulut, biskut, coklat, aiskrim
Semua jenis air yang manis
Makanan yang diproses seperti nuget, hotdog
Semua makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza
Semua jenis sos dan kicap
Kerepek atau kekacang yang bersalut. 

Menu untuk diet “eat clean” mampu mengempiskan perut, peha, lenggan, double chin

Itu semuanya salah makanan dan minuman yang diamalkan kita. Buat perubahan dalam menu makanan, barulah anda nampak hasilnya kelak. 

lagi tips/kesimpulan
jangan skip sarapan
pilih menu diet sihat
banyak minum air kosong
extra rajin: senaman atau jus kekal aktif
makan tenghari dengan jaga portion
banyakkan makan sayur/ snek buah-buahan/kekacang/protein sihat
elakkan makan lewat malam, stop makan berat lepas jam 8 pm
konsisten dan disiplin dalam pemilihan makanan sepanjang waktu






Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment