Wednesday 28 August 2019

Keburukan Makan Malam

Keburukan makan lewat malam


Selalukan kita dengar bahawa tak elak makan malam, ya memang betul tak elok sebab bila kita overeat, lepas tu tertidur pula tanpa sempat usus nak digest, makan akan bertambah-tambah lah nilai lemak dalam badan. Sebenarnya pabila kita makan, badan akan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga. 

Bagaimanapun, sensitiviti insulin ini berkurang ketika kita tidur. Jadi sekiranya anda makan beberapa minit sebelum tidur, tenaga yang diperoleh daripadanya kurang digunakan dan sukar dibakar. 

Sumber tenaga yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Jika tabiat ini berterusan, lama-kelamaan simpanan lemak bertambah dan berat badan akan meningkat.






Cara atasi tabiat suka makan malam

1. Setkan goal/target anda untuk kurussss setiap hari, ambil laleh sblm tidur, banyak minum air kosong 

2. Makan malam awal. 



bahagikan masa makan anda dengan betul
sarapan antara jam 7-8 pagi
snacking pagi 10 pagi
lunch 12- 2 petang
snacking 5 petang
dinner 7-8 malam
snacking 9 malam

Walaupun anda sibuk atau masih di tempat kerja, luangkan masa untuk makan, tepat pada waktunya. 

Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8 malam.

Jika malam tiada aktiviti yg aktif
Cuba makan cara atkins.. (Makan protein + seratfiber) 

Atau suku-suku-separuh-dan-makanan-cara-eat-clean.

Atau Ikut cara Intermittent fasting, makan malam awal,.. 

Dan hanya minum air laleh ja, start dari jam 9 pm sblm tidur n air minum air kosong secukupnya sblm tidur.. 

Jika anda betul-betul nak jaga berat badan/nak ada penurunan berat badan, sangat  disarankan untuk  makan malam awal, close your kicthen early.. 
Makan awal, untuk elakan pengumpulan lemak, terutamanya dibahagian perut...
Jika anda terpaksa juga makan lewat malam, pilih untuk ambil makanan yang tinggi protein/tinggi serat/tinggi fiber mcm diet atkins. 

Cuba peruntukkan masa yang cukup antara 3 hingga 4 jam untuk menggunakan tenaga dari makanan tersebut sebelum tidur.

Jika teringin juga untuk kunyah-kunyah, boleh cuba dengan minum air kosong @kunyah buah-buahan atau kekacang untuk hilangkan rasa lapar 

 snacking buah-buahan


snacking kekacang panggang/
kurang garam dan gula/
kekacang tanpa bersalut tepung
Bagi individu yang sedang menjaga berat badan, dinasihatkan agar mengikut jadual makan, tetapi pada kuantiti yang kecil. 

(snacking pisang pun bagus)

Ingatkan diri bahawa lapar pada tengah malam adalah normal dan 

keinginan ini tidak perlu dipuaskan.

3.Jangan simpan makanan ringan di rumah, terutama yang boleh dinikmati sambil menonton televisyen. 

Malah, jangan bazirkan masa terlalu lama di depan tv kerana iklan yang disiarkan mampu merangsang keinginan untuk makan.

4.Langkah yang paling mudah ialah memberus gigi sejurus selepas makan malam.,supaya kalian displin tak ambil makanan/minuman apa2  yang manis,bergoreng, dll
selepas dah gosok gigi

5. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap masa.

6. jaga portion dan saiz setiap hidangan makanan anda. 


Jadual pemakanan yang baik untuk turunkan berat badan



Makanan yang perlu dielakan jika nak turunkan berat badan



cadangan makan pada kalian yang ingin turunkan berat badan
SUKU SUKU SEPARUH
dan EAT CLEAN



Info tambahan
Tahukah kalian lewat malam ini akan menambah berat badan. Umum tahu, kita perlukan sedikit masa untuk membakar kalori tambahan selepas makan namun apabila kita memilih untuk tidur, proses berkenaan gagal dilakukan.

Pakar penyelidik nutrisi, Jenna Hope berkata, terdapat hubungan yang signifikan antara makan larut malam dan peratusan lemak badan yang lebih tinggi.

“Ini menyebabkan lebihan kalori tersimpan untuk jangka masa panjang yang mengakibatkan perubahan hormonal.”

Satu lagi kesan sampingan yang paling membimbangkan daripada perbuatan makan lewat malam dan tidur ialah gangguan hormon yang menyebabkan ketidakupayaan tubuh dalam merespon kepada penyakit.

Ramai pakar nutrisi memberi amaran, makan lewat malam menyebabkan kelemahan fungsi insulin yang mengagihkan glukosa dari darah. Untuk tempoh masa lama, makan lewat malam juga menyebabkan peningkatan risiko diabetes.




Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment