Thursday 29 August 2019

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan

Detox salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan


Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. Pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 


Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. 



Lantaran itu, amalan menyahtoksik kotoran  dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Usus dan hati adalah organ manusia yang terlibat semasa proses detox. Segala penyerapan nutrient kita berlaku di usus  dan bukannya di perut. Tugas perut hanyalah untuk digest makanan supaya jadi lumat. Segala vitamin dan mineral yang kita ambil,  akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita. 



Tapi, bagaimana pula jika tidak pernah menyahtoksikan atau detox tubuh badan kita? Segala kekotoran akan melekat pada usus kecil, jika kita tidak membersihkan usus kita, usus akan menjadi kotor dan toksik. 

Toxin atau toksik adalah bahan buangan beracun dan kekotoran yang boleh membahayakan sistem tubuh badan manusia.

Tanda-tanda anda perlu Detox

Adakah anda mengalami masalah-masalah ini. Jom kita check antara masalah-masalah yang sering di alami akibat pengumpulan toksin yang berlebihan seperti :
Sembelit
Sakit kepala
Letih dan tiada tenaga
Perut kembung dan bergas
Nafas berbau
Perut berlipat
Keinginan makan berlebihan
Kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
Bahagian keliling mata, celah peha, bawah lengan menjadi gelap.
Selulit
Selalu sakit disebabkan daya imunisasi yang lemah
Peredarah darah yang lemah

Jika anda kerap mengalami simptom-simptom di atas, itu tandanya anda perlu menyahtoksikan/detox badan anda.



nak lihat produk kurus yang lain??
Click sini: PRODUK KURUS




terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment