Monday 8 April 2019

Nak Kuruskan Badan : Tips Kurus Berkesan

Nak Kuruskan Badan : Tips Kurus Berkesan

Masuk je awal tahun, ramai bercakap tentang azam tahun baru yang nak kurus, lebih sihat dan dapat berat idaman sempena tahun 2019 ini. Namun, apa yang jadi? Semua tu hanya kata-kata yang mampu keluar di bibir sahaja ka?

Tak betul tu, jangan musnahkan impian anda sendiri. Meh saya share lagi tips kurus, supaya impian anda tercapai. biar siapa pun yang nak kurus kena jalani suatu proses, kena kuatkan keazaman untuk melawan nafsu sakaa pantang tengok makanan.

Sebenarnya, bila uolss dah ambil klubna laleh, memang akan automatik kenyang kan?
Bila anda rajin minum air kosong, boleh jadi kenyang sampai petang, sampai malam.Jadi kenapa harus, menidakkan rasa kenyang tu, dengan GAGAL MENGAWAL PILIHAN UNTUK PILIH JUGA, utk MERASA MAKANAN YANG DISEBUT TINGGI KALORI 





Bila ambil klubna laleh, uolss boleh ja makan, tapi follow 2 tips yang kita telah beri tu ya,
Diet bukan bermakna tidak makan. Diet yang bagus ialah pilih pemakanan yang sihat.

"Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus.




Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita boleh bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!

Air manis memang tak boleh ambil langsung. 
Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.

Minum banyak air kosong,

Air kosong ya, air buah tak kira, TAK CUKUP AIR TAK BERKESAN, KALAU AMBIL APA2 PUN SUPPLEMENT

Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau boleh elak menggoreng sayur, rebus untuk buat sup sayur

Ramai orang diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia tak boleh tinggalkan nasi. So  makan nasi pada waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi 

SUKUSUKUSEPARUHINGAT YA










NAK LAGI LIHAT GAMBAR>? CLICK SINI:

https://eydazack21.blogspot.com/2019/04/suku-suku-separuh-dan-makanan-cara-eat-clean.html

NOTA
: kena kawal pengambilan gula dan karbo. 
2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAR & SIHAT.

Roti?
Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yang hijau tu. Tapi setiap meal limitkan kepada 2 keping sahaja.
Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. 
Bihun ok tiap jangan dibantai bihun goreng pulak. Bihun sup atau tom yam.

SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD, KFC dan sewaktu dengan nya. Elakkan juga makanan dalam tin dan makanan yang telah diproses seperti daging burger, nugget dan lain-lain. Semua tu memang kegemaran!




MAKAN PROTEIN paling senang jimat murah , boleh ambil telur. boleh ambil ayam bahagian isi (dada) atau kena buang kulit ayam tu,  ikan pun bagus sangat dan daging kadang2. Buat yang sup,  grill atau steam sahaja. Yang bergoreng elak ye.

DINNER. Ini pun penting. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori). Malam tu lebih kan makan buah-buahan kalau lapar, seriusly kalau tak jaga makan time malam  badan pun senang naik

SENAMAN? OPTIONAL  kalau rajin buat tak rajin buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Atau uolss kena jaga pemakanan  sbb aktiviti harian turunnaik, jalan, panjatdaki berkebun yg keluarkan peluh pun itu juga senaman

PUASA:
Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yang terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramadan mulalah berazam nak diet untuk kurus. Puasa juga bagus untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau boleh buat semua puasa-puasa sunat yang ada lagi bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. Insya Allah!
TAK DAPAT NAK PUASA SUNNAT, BOLEH CUBA CARA INTTERMITENT FASTING

Cuba elakkan dari stress kerana stress boleh menjejaskan program diet kita.BENDA KURUS ni bukan boleh tiba2, ia kena konsisten  n depend juga pada tahap metabolisme individual 

Kalau metabolisme slow, kena usaha skit detox ke, senaman ke utk bg naik balik metabolisme 


TERUSKAN USAHA SAMPAI BERJAYA

No comments:

Post a Comment