Wednesday 27 March 2019

Tips Kurus Ifa Raziah amalkan dengan Telur Rebus

Tips Kurus Ifa Raziah amalkan dengan Telur Rebus

Bertahun-tahun, badan dah gemuk, segala diet segala produk pun dah beli dah amalkan nampaknya tiada hasil juga. Adakah perlu untuk putus asa? Masih belum terlambat lagi untuk kurus, sebab dah ada yang berjaya kurus dengan amalkan diet rendah kalori. Wanita dan nak jadi kurus, nampak kurus dan badan langsing meletop berpisah tiada. Maka tidak hairanlah terjadi lambakan produk kurus di pasaran hari ini selain poduk penjagaan kulit.

Jom kita refer pada artis terkenal iaitu Ifa Raziah, yang dia tidak lokek berkongsi tip atau rahsia untuk kurus iaitu dengan mengamalkan makan telur rebus setiap hari. 
Fuhhh..Biar betul hanya makan telur boleh kurus? Namun itulah yang dipraktiskan oleh Ifa. Menurutnya, setiap hari dia makan 10 biji telur rebus.


Jika rasa jemu dengan telur, dia akan gantikan telur dengan hanya meminum air. Untuk kurus sememangnya perlu bertekad. Dan sangat bersungguh tekad,Ifa mahu kurus kerana bukan senang nak disiplinkan diri hanya dengan makanan sebegitu.

Gara-gara dietnya yang kelihatan agak rejim, dia dimarahi doktor. Namun demi kerjaya Ifa menyatakan dia terpaksa lakukan diet seperti itu. Menyedari mungkin diet yang diamalkan tidak sesuai untuk semua orang, dia tidak menggalakkan orang lain mengikuti caranya.

Sementara itu, Ifa juga ada mengamalkan suatu produk yang membantu untuk menurunkan berat badan. Jadi kalau anda yakin boleh lakukan diet seperti Ifa Raziah, ini dia kunci utama ketika melakukan diet telur rebus:



1. Minum air kosong 8-10 gelas setiap hari : ikut oada berat badan
25kg: 1 liter
50kg: 2liter
75kg: 3liter

2. Tidak minum minuman berkaffein, manis, susu,bercoklat, 3in1 dan sebagainya

3. Langsung tidak makan nasi 

4. Makan buah-buahan

2. Lakukan senaman ringan setengah jam (hanya untuk mengeluarkan peluh) : menaikkan metabolism untuk membakar lemak



::Terima kasih kerana mengunjungi blog ini::

No comments:

Post a Comment