Sunday 21 April 2019

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Resepi Ikan Siakap Stim Limau


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1 labu bawang besar
1 biji buah tomato
3 batang serai
2 biji cili besar
5-6 biji limau kasturi
4-5 biji cili padi
Daun saderi
3cm halia
Garam
Gula *kalau rasa nak letak la
Sos tiram
Tepung jagung


Cara-cara:

1. Perapkan ikan siakap dengan sedikit air limau selama 15 minit.. Kemudian perap pula dengan sos tiram selama 15 minit.
2. Hiris halia, sebatang serai, cili besar, cili api, halia. 2 batang serai diketuk
3. Sedikit bahan hirisan dimasukkan kedalam perut ikan
4. Masukkan ikan, bahan yang telah dihiris dan serai yg telah diketuk ke dlm pegukus 
5. Hidupkan api sederhana dan masak untuk 5 minit
6. Tambahkan air. Ikut nak kuah banyak mana n pekat macam mana. Tambahkan juga air limau kasturi yang telah diperah.
7. Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk likat
8.masukkan daun saderi dan tomato.
9. Kukus sehingga 20-25 minit.







Terima kasih kerana mengunjungi blog ini

No comments:

Post a Comment