Thursday 13 August 2020

Ayam Buttermilk Memikat Selera

Ayam Buttermilk Memikat Selera

Ayam Buttermilk resepi yang asing lagi, bahan-bahan ringkas mudah dicari. Rasanya sedap dan anak-anak pasti suka sebab sedap, tak pedas dan memikat selera keluarga. Mudah sahaja hendak sediakan ayam buttermilk.


Bahan²

isi ayam(bahagian dada)

1/2 cawan susu fresh

5 ulas bawang putih,(potong dadu)

1 biji bawang besar holland( potong dadu)

4 sudu besar mentega

3 tangkai daun kari

1/2 sudu tepung jagung (utk memekatkn kuah

6 biji cili padi(klu ank xmkn pedas xperlu bubuh)

Bahan utk salut ayam

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu tepung beras

1 sudu besar serbuk kari

1 biji telur

Sedikit garam

(klu xnk guna bahan diats boleh guna tepung bistari cpt mudah)

Air secukupnya

Cara²

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan

Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati..satukn tepung gandum.tepung beras, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam..biarkn seketika pnskn kuali mskkn ayam sehingga garing..angkt dan ketepikn

Cara² utk ayam buttermilk

panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih,bawang Holland.. cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

Masukkan susu fresh, tepung jagung dan ayam yang digoreng tadi.

Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya..siap..mudahkan. Selamat mencuba





Terima kasih kerana mengunjungi blog ini


No comments:

Post a Comment